Manusia Biasa.

Kerana aku manusia biasa, sering terlupa.

Aku akui, selalu terbawa dengan penipuan duniawi

selalu terbawa dengan senandung yang bagiku indah apabila potongan ayat al-quran yang lebih indah itu diketepikan

Aku akui, selalu alpa dengan tanggungjawabku

alpa dengan perkara yang sepatutnya aku lakukan tetapi aku memilih untuk menutup mata

Aku akui, kadangkala aku melebihkan cinta manusia daripada cinta ilahi

di mana cinta manusia kepada diri ini tidak akan kekal dan tidak sebesar cinta Dia

 

Apabila aku jatuh, tidak mampu untuk bangun,

Dia ada untuk aku,

Tetapi sering kali apabila aku senang,

aku lupa untuk ada untuk Dia

 

Apabila aku melakukan kesilapan,

Dia memberi aku peluang untuk perbetulkannya

sebelum nafas terakhir aku

 

Aku manusia biasa,

perlukan peringatan dari masa ke semasa

Oleh itu, aku meminta

kepada sesiapa yang menyayangi dan kisah akan diri aku ni

untuk sentiasa peringati aku

akan Dia

 

Kerana aku, hanyalah manusia biasa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s